Catatan Cinta
Catatan cinta terbahagi kepada beberapa golongan iaitu cinta monyet,cinta teknologi,cinta Sejati dan cinta Yang Maha Esa. Semua ini disatukan didalam catatan cinta.
Cinta Monyet
Macam kelakar kan nama cinta ini?,namun ini yang terjadi diusia kecil iaitu dari 11 tahun hingga 14tahun. Senang cerita cinta pada zaman sekolah. Ketika ini, semuanya indah belaka dan semuanya sempurana di mata si pencinta.
Bak kata pepatah orang-orang terdahulu,
Makan tak kenyang,
Mandi tak basah,
Tidur tak lena…
Kenapa???
Sebab teringat dekat yang tersayang. Masalahnya dekat sini cinta ini bukan boleh kekal lama. Mreka ini Cuma ingin mengecapi kehidupan yang seronok. Apabila seorang lelaki bertemu dengan seorang gadis yang cantik seperti gadis pujaan dalam mimpinya hatinya terus tertawan.
Kaedah-kaedah yang selalu digunakan oleh golongan ini ialah:
Hantar nota cinta melalui surat dengan bauan minyak wangi atau bedak,
Beli sebatang aiskrim dan kongsi bersama di bawah sepohon pokok,
Dan berbagai lagi…
Cinta Teknologi
Pada zaman sekarang,teknologi semakin maju dan berkembang di setiap pelusuk dunia. Cinta teknologi adalah dimaksudkan dengan berkenalan dengan pasangan di laman social sama ada di facebook, twitter, atau pun di yahoo messenger.
Pasangan yang menggunakan cara yang sebegini kerana ingin mencari jalan mudah dan cepat untuk ada hubungan istimewa. Mula dengan chatting,berkenalan dengan rapat,planning untuk berjumpa satu sama lain untuk membuktikan kebenaran cinta dan akhirnya menukar status dari single ke in a relationship. Cinta sebegini mungkin akan berkekalan dan juga hanya persinggahan dalam hati.
Pasangan yang bercinta melalui laman siber ini juga hanya ingin keseronokan dan tidak pula berfikir tentang masa hadapan yang datang. Cinta teknologi boleh menjadi kebaikan dan keburukan di kalangan beberapa pasangan. Tidak salah kalau hendak bercinta tetapi hendaklah berhati-hati dalam mengenali hati pasangan di alam siber ini.
Cinta Sejati
Cinta sejati adalah cinta berdasarkan jodoh dari Allah SWT yang telah ditetapkan olehNYA. Cinta ini adalah cinta yang merangkumi aspek-aspek 4K:
Pertama adalah KEJUJURAN sesama pasangan. Kejujuran amat penting kerana menjadi tiang dalam rumahtangga dan dalam menjalani percintaan.
Kedua adalah KEPERCAYAAN terhadap pasangan. Kepercayaan juga elemen yang penting. Kepercayaan dapat meruntuhkan perasaan ego dan curiga terhadap pasangan.
Ketiga pula ialah KERJASAMA diantara suami dan isteri. Kerjasama antara satu sama lain memainkan peranan bagi kedua-dua pasangan sama ada suami atau isteri. Contoh-contoh kerjasama ialah apabila si isteri sedang sakit dan tidak mampu untuk melaksanakan kerja rumah, si suami hendaklah memberi kerjasama untuk membantu si isteri dan sebaliknya.
Keempat dan yang terakhir ialah MAWARDAH WARAHMAH dengan kata lain KASIH SAYANG. Kasih sayang diantara pasangan dengan sendirinya akan timbul jika mereka telah ada ketiga-tiga aspek yang diatas. Cinta sejati ini adalah cinta yang diredhai oleh Allah SWT.
Cinta Yang Maha Esa
Kehidupan sebagai manusia didunia ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Jika seseorang mengalami dilemma atau kekeliruan mereka hendaklah sentiasa ingat kepada pencipta mereka iaitu tuhan yang maha esa.
Cinta Yang Maha Esa adalah cinta yang agung dan akan kekal didalam hati manusia yang sentiasa disisiNYA. Apabila kita bersamaNYA kita akan selalu dilindungi dan diberkati.
Friday, November 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment